Nama saya Haji Faizal Ezham bin Mohd Yusof. Anda boleh panggil saya Haji Faizal. Saya adalah seorang Islamic Financial Planner (IFP) atau Perancang Kewangan Islam yang bertauliah yang berdaftar dibawah Financial Planning Association of Malaysia (FPAM). Saya juga merupakan ahli Gold Club Member di as-Salihin Trustee Berhad. Ahli Gold Club Member adalah merupakan Perancang Harta Pusaka Islam yang telah berjaya mencapai jumlah jualan kasar sebanyak RM100,000 dan ke atas dalam masa setahun. Saya juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang perancangan harta pusaka bagi orang Islam.
Anda tidak perlu membuang masa mencari atau pergi ke mana-mana agensi atau agen lain kerana saya di sini sedia membantu anda. Segala proses dan penyerahan dokumen akan dibantu sepenuhnya oleh saya dari mula hingga akhir!
Semua informasi dan promosi terbaru dari as- Salihin Trustee Berhad juga akan dikemaskini di sini untuk kemudahan anda. Tidak kira siapa anda, saya bersedia membantu kerana dengan perancangan harta pusaka yang komprehensif dapat menjaga kebajikan keluarga setelah ketiadaan anda kelak.
Berurusanlah dengan penuh yakin dan selamat! Saya sedia membantu memelihara, melindungi dan mengagih harta anda demi kepentingan keluarga anda menerusi pelan khusus yang ditawarkan mengikut keperluan anda. Perancangan harta pusaka bukan hanya mengenai pengagihan aset selepas kematian, tetapi ia adalah untuk meninggalkan orang-orang yang tersayang dalam keadaan baik dan selesa.
Kini, semua orang boleh memiliki dokumen dan pelan khusus yang ditawarkan secara dalam talian. Sila hubungi saya segera untuk dapatkan khidmat nasihat dan pertanyaan berkaitan harta pusaka seperti penulisan wasiat, deklarasi hibah, Pri-Warisan dan Pri-TI (Amanah Takaful/Insurans). Elakkan risiko dalam merancang Harta Pusaka anda, Kenapa anda berharta tapi waris harus derita!