Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaatnya untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang Pewarisan Islam, selepas kematiannya.
Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi yang tiada hak hukum Faraid samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.
Perancangan harta pusaka bukan hanya mengenai pengagihan aset anda selepas kematian anda tapi yang lebih penting adalah bagaimana urusan pentadbiran harta pusaka anda dilaksanakan.
Melalui Wasiat anda berhak melantik Wasi/Pentadbir harta pusaka dalam kalangan individu atau syarikat amanah yang anda percayai dan yakin boleh melaksanakan tugas tersebut.
Pelantikan Wasi yang berwibawa akan mempercepatkan proses pencairan harta pusaka dan penyelesaian hutang piutang serta pengagihan harta pusaka anda kepada benefisiari yang berhak dengan telus, lancar dan sempurna.
Rasulullah S.A.W bersabda : “Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala.”
Penulisan wasiat adalah sesuatu yang mesti dilakukan sekiranya anda mempunyai harta dan ahli keluarga malah menjadi kewajipan bagi mereka yang mempunyai hutang untuk menulis wasiat.
Penulisan wasiat seharusnya perlu dilakukan segera, ketika anda waras dan sihat tubuh badan. Jangan mengambil sikap tunggu dan lihat atau bertangguh. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menulis wasiat, anda boleh menghubungi as-Salihin.
as-Salihin adalah pakar perancangan harta pusaka Islam. Di as-Salihin, kami mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam urusan penulisan Wasiat dan Pentadbiran Harta Pusaka.
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar: Rasulullah S.A.W bersabda:
“Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala.”
Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selepas pemergian anda. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk anda.
Wasi adalah orang yang dilantik di dalam Wasiat untuk menguruskan harta pusaka serta melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat. Sekiranya pewasiat melantik Wasi individu beliau mungkin akan jatuh sakit, meninggal dunia atau tidak berupaya atau enggan bertindak sebagai Wasi. Oleh itu, adalah lebih baik melantik badan korporat sebagai wasi berbanding individu.
as-Salihin merupakan sebuah syarikat amanah dan boleh bertindak sebagai Wasi. as-Salihin akan memastikan pentadbiran harta pusaka dilaksanakan dengan telus dan lancar.
Menulis Wasiat mungkin satu pilihan tetapi pemilihan Wasi yang tepat bagi sesuatu Wasiat perlulah dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan berhati-hati.
Amanah adalah satu tanggungjawab yang wujud apabila seseorang individu atau sebarang entiti (yang dikenali sebagai pembuat amanah) memindahkan hak pemilikan asetnya secara sah kepada mana-mana individu atau institusi (dikenali sebagai pemegang amanah) untuk memegang harta tersebut bukan untuk manfaat dirinya tetapi untuk manfaat dan kepentingan benefisiari samada ia individu atau sebaliknya.
Pemegang Amanah menjadi pemilik yang sah bagi aset amanah apabila aset tersebut dipindahkan kepada mereka. Manakala benefisiari akan menjadi pemilik manfaat bagi aset amanah tersebut. Pemegang Amanah akan menguruskan harta yang diamanahkan berdasarkan arahan serta syarat yang telah ditetapkan.
Secara ringkasnya, amanah adalah hak ke atas harta, samada harta tak alih atau sebaliknya, yang di pegang oleh satu pihak untuk kepentingan pihak yang lain.
Berikut adalah peruntukkan Al Quran yang menekankan kepentingan amanah :
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
“Janganlah kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil.”
Amanah boleh wujud dalam salah satu daripada tiga bentuk, dinamakan :
Iaitu amanah yang dibina di dalam Wasiat dan ia akan berkuatkuasa selepas kematian pembuat Wasiat dan tertakluk kepada undang-undang perwarisan Islam.
Iaitu amanah yang dibina secara automatik oleh undang-undang. Contoh bagi Amanah Statutori ialah jika simati meninggal dunia dan mempunyai benefisiari yang belum dewasa samada dia membuat Wasiat atau tiada Wasiat.
Iaitu amanah yang dibina oleh pembuat Amanah ketika hidup dan ia berkuatkuasa segera apabila ikatan amanah ditandatangani oleh pembuatnya dan harta di serahkan kepada Pemegang Amanah.
Melalui konsep hibah (iaitu pemberian menurut Islam), Konsep Amanah menurut Islam boleh dibentuk untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk pendidikan, perubatan dan saraan hidup. Amanah merupakan instrumen dan kaedah yang penting di dalam Perancangan Harta Islam.
Pemegang Amanah memikul tugas yang berat. Ketika melaksanakan tanggungjawabnya, ia terikat dengan peraturan yang ketat ditetapkan undang-undang (seperti yang terkandung di dalam Akta Pemegang Amanah 1949 dan Akta Syarikat Amanah 1949).
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar